Kolesterol!
Satu perkataan
yang sangat sinonim dengan orang yang bertubuh gempal. Namun,
hakikatnya masalah kolesterol juga boleh menyerang golongan individu yang
KURUS.
Kebanyakan orang
beranggapan bahawa orang yang KURUS tidak perlu risau tentang apa yang mereka
makan kerana bentuk badan tidak mudah berubah.
Hakikatnya, semua
orang berisiko untuk mendapat masalah sekiranya tidak menjaga diet mereka.
*underweight tetapi LDL melebihi paras normal
Kolesterol tidak
boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia terdapat dalam saluran darah. Oleh
itu, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa orang KURUS berada dalam keadaan
selamat daripada kesan kolesterol yang tidak terkawal.
Jumlah kolesterol dalam
badan seseorang individu hanya dapat diketahui melalui profil lipid yang
dijalankan menerusi ujian darah.
JENIS KOLESTEROL.
1. Kolesterol
Jahat (LDL)
2. Kolesterol Baik
(HDL)
PARAS NORMAL
KOLESTEROL DALAM BADAN MANUSIA.
< 5.2 mmol/L.
LDL akan
membuatkan pembuluh darah tersumbat. Terjadi plak pada saluran darah.
HDL akan membawa
kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan
dikeluarkan dari tubuh.
source: google images
LDL yang banyak menyebabkan saluran saluran darah menjadi sempit. Punca utama SERANGAN JANTUNG DAN STROK.
source : google images
MAKANAN YANG PERLU
DIJAUHI
1. mengandungi
lemak tepu – meningkatkan paras LDL
daging, produk
tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis
2. mengandung
lemak trans (lemak terhidrogen) – mengandungi LDL
kek, biskut, snek,
mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan
donut
Pengambilan yang
mengandungi LEMAK TEPU DAN LEMAK TRANS akan merendahkan HDL.
GANTIKAN LEMAK
YANG DIPERLUKAN TUBUH DENGAN LEMAK TAK TEPU
jenis minyak
seperti zaitun, bijan, kacang, jagung, kanola
ikan dari jenis
salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri,
bijian, kekacang
dan marjerin tidak tepu (soft).
Lemak tak tepu mengurangkan
risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan
meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)
Bagaimanapun, jika
diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang. (kena
kawal juga)
CARA KAWAL AMBIL
LEMAK BERLEBIHAN
1. guna minyak
kelapa sawit untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan.
2.gunakan minyak
jenis lemak tak tepu jika ingin memasak dengan minyak yang sedikit seperti
mengoreng sayur dan sebagainya
3. elakkan
menggunakan menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak
lemak tak tepu.
4. toskan dan
keringkan minyak daripada makanan bergoreng dengan menggunakan tisu dapur
sebelum dihidangkan
5. elakkan juga
penggunaan bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak.
6. pelbagaikan
teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebus dan sebagainya.
7. gantikan
masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak.
CADANGAN
SUPPLEMENTS UNTUK MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL, LDL TERUTAMANYA.
1. Omega Guard
2. Alfalfa
Dapatkan maklumat
tentang produk tersebut. Ambillah langkah pencegahan dengan segera.
Fa Myn
0125652064 (whatsapp)
SID 906990
"Kolesterol hanya berperanan kecil dalam terjadinya
penyakit jantung tetapi kita mengerahkan segenap usaha untuk menurunkan
kadarnya,"



0 comments:
Post a Comment