Monday, 6 January 2014

SUSAHNYA NAK CUKUPKAN MINUM 3 LITER AIR SEHARI.

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

Semoga hari ini menjanjikan bahagia yang berpanjangan dan sentiasa diberkati..

Sejak terjebak dalam dunia supplements ni ramai yang mengadu susah la nak cukupkan 3 liter air sehari.

source: google image

Saya dulu pon alami masalah yang sama, sedikit demi sedikit saya dapat atasi masalah tersebut.

Kalau tak ambil supplements pon hakikatnya memang setiap individu lelaki dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari manakala individu wanita dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 9 gelas air sehari bergantung kepada aktiviti seharian individu tersebut. Bagi ibu hamil dan menyusu, anda memerlukan lebih banyak air.

BAGAIMANA UNTUK MENGIRA JUMLAH AIR YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN?

Berikut adalah cara pengiraan jumlah kuantiti air yang diperlukan oleh badan kita.

Berat badan terkini X 0.07 = jumlah air yang diperlukan (liter)
Kenapa 0.07? Ini kerana 70% organ badan manusia memerlukan air untuk berfungsi sepenuhnya.

atau

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Oleh itu berat badan anda 25kg = jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda.

KENAPA PERLU MINUM BANYAK AIR SETIAP HARI?
Secara umumnya air putih atau air kosnog sangat penting kepada tubuh manusia.

1. Supaya organ tubuh dapat mencapai fungsi yang optimum.
2. Menstabilkan suhu badan.
3. Berfungsi sebagai pelarut mineral agar mudah diserap oleh tubuh.
4. membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh sel tubuh.
5. membantu buah pinggang menjalankan proses pembuangan toksik dengan lebih baik.
6. Melicirkan kawasan sendi (sebab tu atlet perlu minum air yang mencukupi)
7. Berfungsi sebagai penyerap hentakan di saraf tunjang dan organ dalam badan
8. Meningkatkan metabolisme sel dan mengeluarkan zat yang tidak berguna dalam tubuh melalui proses perkumuhan.

Sekiranya anda mengamalkan mana-mana supplements, air kosong sangat memainkan peranan penting kepada tubuh anda agar dapat mencapai kesan yang lebih optimum.

BAGAIMANA NAK CUKUPKAN 3 LITER?

Anda boleh baca kaedah yang wiki cadangkan di link ini.

Namun, bagi saya, saya lebih suka pendapat bahawa minum air dengan cara menyedut melalui straw akan membuatkan kita leka dan tidak sedar bahawa kita telah minum air dalam kuantiti yang banyak berbanding meneguk botol macam gambar ni.

source: Google image

Saya selalunya guna botol favorite saya ni sambil menaip depan laptop atau sambil tengok facebook. Sedar tak sedar dh habih sekerat air. Belum pukul 12 tengah hari dah habis 1 liter. Tambah petang, malam lagi. Cukup la 3 liter.

Ada sesetengah orang malas minum air banyak-banyak sebab malas nak ke tandas selalu. Tapi demi kesihatan, kena sanggupkan juga ;)

Tingkatkan kuantiti air yang anda minum setiap hari sedikit demi sedikit.. Selamat mencuba ya..

Jom minum 3 liter air sehari.

Contact sekarang
Fa Myn
0125652064
SID 906990

0 comments:

Post a Comment